BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

Sunday, March 29, 2009

entry x ni resipi lagi.......
dah lama buat , tp br nak publish.....

Puding Jagung


Apam Mekar



Friday, March 27, 2009


Tuesday, December 30, 2008

Puding Roti
Menu mkn petang smlm........
Ilham dr Chome kat WMC....mmg sedap




PUDING ROTI
Bahan:
A:
500 ml susu segar/fresh milk
8 keping roti

B:
4 sudu besar gula halus 2
sudu besar butter
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung

C:
2 sudu besar kismis hitam

Sos Kastad
1 tin susu cair
2 s/b tepung kastad
2 s/b gula

CARA:
1. Koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
2. Kacau dan gaul rata bahan B.
3. Masukkan kismis dan tuangkan kedalam loyang.
4. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak.
5. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
6. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.

Saturday, November 29, 2008

Sabtu.....
lps balik jumpa mber, lebih kurang kul 11am ( 1st time jumpa. Mber chating hehe) beli KFC, tapau, blk mkn kat rumah...
then dah kenyang , malas nak masak thariii......

nak buat apa erkkkk.....

jenggggggg belek2 resipi.... jumpa la resipi Kek Kukus Muffin K.Liza( K.Liza minta izin copy resipi....)
tp disebabkan ada brg x cukup, modified arr sikit resipi asal, guna je apa yg ada.....

so ini lah hasilnyeee, x jd itam legam mcm tuan punye resipi buat sbb dah modified....walaupun dah letak bancuhan kopi pekat... tp rasa nya ada umphhh laaaa....

TQ K.liza, coz sejak mengenali http://hanieliza.fotopages.com/
saya dah makin rajin masuk dapur & mencuba apa yg saje yg ada kat sinii........

tp kebanyakannya x sempat ambik gambo sbb dah masuk mulut dulu baru teringat nak bergambo.....kalau yg dah ada gambo x sempat lak nak masukkan dlm blog ni...
sibuk sangat la katakannnnn......





MUFFIN COKLAT KUKUS ( Resipi yg telah diubahsuai)

Bahan A
2 1/2 cawan tepung superfine..... ( guna tepung gandum jee..)
1/2 cawan serbuk koko ......( guna milo jee...)
2 cawan gula perang .....( 1/2 gula , guna gula halus je...tkt manis sbb milo dah manis)
2 s/k soda bikarbonat
1/2 s/k garam

Tambahan.....
1/2 s/k serbuk penaik ( tambah sdiriiiiii... x dlm resipi asal)
1/4 cawan bancuhan kopi yg dah ditapis ( utk bg colour sikit)

Bahan B
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
1 cawan air panas
1 s/k esen vanilla

Cara.
1. Panaskan kukusan dan sapu acuan apam dgn planta.
2. Ayakkan tepung, masukkan serbuk milo,soda bikarbonate & serbuk penaik...
3. Gaulkan semua bahan A supaya sebati.
4. Masukkan bahan B dan gaulkan rata subaya sebati.
5. Masukkan adunan dalam acuan yg telah disapu planta/dan kukuskan selama 25 minit dengan api yg sederhana.
6. Angkat dan hidangkan.



MUFFIN COKLAT KUKUS ( Resipi Asal K. Liza)

Bahan A
2 1/2 cawan tepung superfine
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan gula perang
2 s/k soda bikarbonat
1/2 s/k garam Bahan

B
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
1 cawan air panas
1 s/k esen vanilla

Cara.
1. Panaskan kukusan dan lapikkan acuan muffin dengan paper-cup
2. Ayakkan tepung, serbuk koko dan soda bikarbonate.
3. Gaulkan semua bahan A supaya sebati.
4. Masukkan bahan B dan gaulkan rata subaya sebati.
5. Masukkan adunan dalam paper-cup dan kukuskan selama 25 minit dengan api yg sederhana. 6. Angkat dan hidangkan.